Persatuan Khairat Kematian Masjid Zaid bin Haritsah
  • PENGENALAN
    • CARTA ORGANISASI
    • JAWATANKUASA
  • PERLEMBAGAAN
  • PANDUAN PENGURUSAN
    • KENDALI JENAZAH
    • MANFAAT
    • KEBUMI
  • BORANG KEAHLIAN
    • KEAHLIAN
    • TUNTUTAN
    • AL-HIKMAH
    • SENARAI AHLI
  • GALERI
    • AKTIVITI
  • HUBUNGI KAMI
A. MANFAAT KEAHLIAN
Bantuan berbentuk wang tunai diberikan kepada waris sekiranya berlaku kematian.


  • Kematian ahli  RM2,000 + RM300 Jamuan Tahlil di MZBH (ahli sahaja)
  • Pasangan ahli (suami/isteri) RM700
  • Anak ahli bawah 23 tahun RM500
  • Ibu/bapa ahli RM300

B. TERMA SYARAT TUNTUTAN

1. Waris sah (jika perlu; pengesahan surat beranak atau mana-mana dokumen berkaitan)

2. Jumlah bantuan tunai adalah seperti Perkara A. 

3. Tuntutan kematian terhad kepada satu tuntutan sahaja.

Contoh Kes: Sebuah keluarga iaitu abang, kakak, anda atau adik telah menjadi ahli persatuan. Lalu berlaku kematian ibu. Hanya satu tuntutan daripada salah seorang empat ahli dalam kalangan keluarga dibenarkan.

4. Tuntutan hanya diberikan berdasarkan rekod pendaftaran sahaja. Pastikan nama ahli dan tanggungan lengkap dengan borang dan salinan kad pengenalan.

5. Bendahari berhak memotong bantuan kematian sebelum menyerahkan kepada waris jika ada yuran tertunggak atau hutang piutang ahli kepada persatuan.

6. Kematian ahli. Mana-mana ahli yang meninggal dunia maka keahliannya akan terbatal setelah disalurkan bantuan tunai. Keahlian tersebut tidak boleh disambung oleh isteri / suami / tanggungan / waris.

7. Mana-mana ahli yang telah terlucut keahliannya (tidak memperbaharui/tidak menjelaskan tunggakkan yuran) waris tidak berhak menuntut wang bantuan kematian atau menuntut semula apa-apa wang yang telah disumbangkan kepada tabung khairat.


C. TUNTUTAN
Dua situasi mungkin berlaku:


1. Sekiranya jawatankuasa mengetahui berlaku kematian ahli / tanggungan ahli, pihak kami akan menyerahkan terus tunai sebelum urusan pengkebumian bagi melancarkan proses pengkebumian. Sijil kematian diperlukan bagi tujuan pengesahan dan rekod tuntutan kami.

2. Sebaliknya jika pihak jawatankuasa tidak mengetahui dengan awal, waris perlu memaklumkan jawatankuasa dengan memberikan sijil kematian bagi proses tuntutan.


D. YURAN KEAHLIAN

Pendaftaran baru                        RM30

​Yuran Keahlian (bulanan)           RM5

Yuran Keahlian
Tahunan (12 bulan x RM5)         RM60 

(bagi memudahkan proses pungutan, kutipan yuran tahunan adalah diutamakan)


Kami mengalu-alukan keahlian anda hari ini.
Bersama kami dalam mendapat ketenangan hati di masa memerlukan.



[ SILA KLIK ] Panduan Pengurusan Jenazah

[ SILA KLIK ] Tuntutan Bantuan Khairat


​
Kemaskini: 7 Disember 2025
Picture
Powered by Create your own unique website with customizable templates.