Waqaf pam air dan telaga di salah sebuah kampung Islam di Kemboja. Telaga siap digali pada Jan 2019 Pam Air pertama siap digunakan pada Nov 2018 | Alhamdulillah, telaga telah siap dibina. InsyaAllah dapat membekalkan sumber air bersih kepada penduduk kampung tersebut. Semoga, amal jariah ini bermanfaat kepada mereka. Pam Air ke-2 siap digunakan pada Nov 2018 Program wakaf pembinaan telaga dan dua pam air adalah usaha untuk bersama meringankan kesusahan penduduk di salah sebuah kampung Muslim di Kemboja dalam mendapatkan bekalan air bersih. Inisiatif ini telah dimulakan pada November 2018 dan berterusan mengikut keperluan masa ke semasa. Sejumlah sumbangan warga kerja dikumpulkan dan tabungan persatuan dikeluarkan bagi tujuan ini. Usaha ini diputuskan bersama oleh AJK Persatuan adalah bertitik tolak dari hadis Rosulullah SAW yang menyatakan bahawa 'tujuh perkara yang pahalanya tetap mengalir bagi seorang hamba meskipun sesudah kematiannya'. Antara tujuh perkara tersebut adalah menggali sumur yakni membekalkan sumber air bagi keperluan umum (maksud hadis riwayat oleh Anas bin Malik). Berkat daripada hadis tersebut agar amalan waqaf ini diterima dan diredhai Allah SWT. Jaza-Kamallahu Khairan Katsiiraa <maksud>. |
0 Comments
Persatuan Khairat Kematian MZBH menyertai program anjuran bersama PADU Kg. Sungai Mulia dan KRT Taman Setapak A. Program menyampaikan bantuan kelengkapan sekolah, bantuan keperluan harian Ibu tunggal serta bantuan tunai pelajar-pelajar tahfiz MZBH. Program Bersama ini diadakan di perkarangan Masjid Zaid Bin Haritsah telah dirasmikan oleh Ketua Kampung Sg Mulia merangkap pengerusi PADU Kg Sg Mulia - Tuan Hj Mohd Kamil bin Mohd Kassim. Antara VIP diundang Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Sentul - En. Sukri Omar; Timbalan Pengerusi MZBH - Tn. Hj Mansor Taher; Wakil Pejabat Agama Zon 2 Wangsa Maju - Ustaz Amir; Pengerusi Khairat Kematian MZBH - Tn Hj. Aizul Adnan; Pengerusi KRT Taman Setapak A - Pn. Hayati Samsuddin; Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Besar Gombak - En. Mohd Yusof Sahib; Ketua Muslimah MZBH - Pn Hjh Zainon dan pengelola sumbangan bagi program Duit Kocek Tahfiz - Imam Zul Muhammad. Majlis dipengerusikan oleh Imam Saleh Masri.
|
Kami Cinta Allah
|