Alhamdulillah Persatuan Khairat MZBH bersama anak kariah Masjid Zaid bin Haritsah telah memenuhi agenda pengukuhan Silaturahim. Program ziarah julung kali diadakan dengan matlamat menyatukan dan memupuk semangat kejiranan muslim masyarakat kampung. Program bermula dari 20 Jun - 12 Julai 2018. Kunjungan demi kunjungan oleh para jemaah masjid dan ahli persatuan ke rumah-rumah ahli persatuan dan anak kariah yang diketuai oleh Imam Zul, Hj. Aizul, Imam Fazli dan Imam Salleh. Diiringi bacaan Selawat dan Doa menghiasi program yang berlangsung berberapa hari sepanjang Syawal. Tahniah kepada semua yang menjayakan. Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang... InsyaAllah.
|
Kami Cinta Allah
|