Persatuan Khairat Kematian MZBH merupakan sebuah badan NGO tidak berasaskan keuntungan dan berdaftar di bawah ROS. Fungsi utama, mengumpulkan sejumlah keahlian yang ingin membantu menerusi yuran keahlian dan derma dalam meringankan perbelanjaan pengurusan jenazah ahli atau tanggungannya.
Menjadi amalan terbaik kami untuk menyalurkan bantuan tunai kepada waris sebelum jenazah diuruskan atau secepat yang mungkin bagi melancarkan proses pengurusan ini. Menerusi bantuan tunai ini, diharap dapat menampung segala urusan pengurusan jenazah dengan sokongan pihak masjid, persatuan khairat dan jiran tetangga. Kami melihat amalan ini dapat memberikan keselesaan kepada keluarga untuk berbakti kepada arwah sambil mendapat sedikit ketenangan jiwa dalam aspek kewangan.