[ Arkib ] Program khairat menyantuni waris ahli-ahli yang telah pergi buat selamanya
hasil sumbangan peribadi pada bulan Ramadhan, selain duit yuran, diagihkan kepada waris ahli

Istilah khairat adalah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud kebajikan. Dari segi definisi yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, khairat membawa maksud perbuatan baik atau kebajikan; sedekah atau derma. Berkhairat melakukan perbuatan baik atau kebajikan terhadap orang lain’.
Kekuatan khairat merangkumi aktiviti yang melibatkan pemberian derma dan sedekah. Derma membawa maksud sebagai bantuan berupa wang tunai atau apa-apa yang berharga kepada penerima dalam memenuhi keperluannya. Sedekah pula bermaksud pemberian seseorang yang ikhlas dengan niat mendekatkan diri kepada Allah swt kepada yang memerlukan. Manakala khairat pula merangkumi aspek kebajikan, derma dan sedekah.

Khairat kematian merupakan inisiatif satu kumpulan dalam sesebuah kariah yang bersetuju mengumpulkan bayaran yuran secara tetap pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris yang meninggal dunia apabila berlakunya kematian ahlinya dengan mengikut ketetapan dan amalan mulia yang dipersetujui.
Mengambil manfaat khairat ini, sejumlah penduduk di Kampung Sungai Mulia dan anak-anak kariah Masjid Zaid bin Haritsah telah bersepakat untuk bersetuju membentuk Persatuan Khairat Kematian MZBH pada 20 November 2013 bagi berkongsi musibah kematian dengan bersama bersedekah dan menderma. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada ahli-ahli kerana bersama persatuan Khairat ini dengan memberikan sokongan yang positif dalam membuat kebajikan dalam kalangan anak khariah. Semoga usaha ini dirahmati oleh Allah SWT.