Jazakallah Khair... Lebih daripada lima puluh (50) buah keluarga telah mendapat manfaat atas sumbangan bekalan makanan menerusi program ini. Tahniah kepada para penyumbang semoga semua diberkati Allah SWT. InsyaAllah, semoga program dapat diteruskan lagi dalam masa terdekat. Matlamat sumbangan makanan asas kepada keluarga ini dalam kariah MZBH adalah untuk bersama mengurangkan keresahan dalam menempuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk wabak Covid 19. Hebahan 'Perintah Kawalan Pergerakan' dan Sumbangan 'Food Drop Program' Terima kasih kepada para penyumbang. #pleasestayathome Minuman percuma hasil sumbangan awam disalurkan menerusi Persatuan Khairat untuk jemaah solat Jumaat. InsyaAllah moga berkekalan.
Alhamdulillah, Persatuan Khairat telah berjaya bersama-sama para dermawan dalam Group Whatsapp Ahlinya untuk mengumpulkan sejumlah RM150 x 40 penderma = RM 6000 bagi menukar lampu Masjid Zaid bin Haritsah. Sekalung penghargaan kepada yang menjayakan penukaran lampu-lampu tersebut bagi menjimatkan kos elektrik pada masa hadapan.
Sumbangan duit poket dan cenderamata melalui Persatuan Khairat utk anak2 tahfiz MZBH. Terima kasih kepada para penyumbang yang budiman.
Alhamdulillah Persatuan Khairat telah memulakan program pembukaan tahun 2020 dengan Kembara Ziarah ke negeri melayu selatan Thailand. Program di ketuai oleh Imam Zul telah menziarahi beberapa masjid dan perkampungan. Sumbangan diperoleh daripada penyumbang-penyumbang persendirian mahupun kumpulan. Biaya perjalanan adalah atas inisiatif sendiri. Alhamdulillah. Program Ziarah bermula di Pengkalan Hulu - Betong - Pattani - Hat Yai. Penyerahan cenderamata kpd AJK Masjid Jamek Pengkalan Hulu, Perak. >>> Sumbangan al-Quran & rehal untuk kegunaan Maahad Tahfiz Muhammadiah al - Barakah di Pattani Thailand. >>> Ziarah Ust Marwan (imam MZBH) di kg. beliau di Pattani. Juga kunjungan ke beberapa masjid di Selatan Thailand seperti Masjid Tengah Betong, Masjid Besar Pattani & Masjid Kerisik. Penyerahan cenderamata kpd AJK Masjid sebagai tanda ingatan. Semoga jalinan ikatan silaturahim ini semakin kukuh. InsyaAllah.
Syukur kepada Allah yang Maha Agung kerana Persatuan Khairat dapat bersama-sama anak kariah Kg. Sungai Mulia dalam gotong-royong untuk persiapan majlis Maulidur Rosul SAW 2019. Majils ini merupakan program anjuran bersama Masjid Zaid bin Hartsah yang diadakan pada Sabtu 10 Nov 2019. Tahniah atas penganjuran. Semoga majlis ini diberkati Allah SWT. |
Kami Cinta Allah
|